Rabu, 20 Juni 2012

Kisah Pedagang Yang Jujur

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid,menyuruhsaudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu  datanglah seorang badwi yang hendak
membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli  harganya empat
ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa  barang perhiasan yang dibeli darikedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari
kedainya. Saudagar Yunus bertanya  kepada badwi itu,
 “Berapakah
harga barang ini kamu beli?”
Badwi itu menjawab, “Empat ratus dirham.”
“Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai
saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara.”
Kata saudagar Yunus lagi.
“Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan
harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang
ini paling murah lima ratus dirham.”
 Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi  itu. Setelah badwi itu beredar,
berkatalah saudagar Yunus kepada  saudaranya,
 “Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barangtadi dengan dua kali ganda?” Marah saudagar Yunus lagi.

“Tetapi dia sendiri yang mau membelinya dengan harga empat ratus
dirham.” Saudaranya coba mempertahankan bahawa dia dipihak yang
benar.

Kata saudagar Yunus lagi, “Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu
amanah untuk memperlakukan saudara  kita seperti memperlakukan
terhadap diri kita sendiri.”

Semoga  kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi kita yang
beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang pedagand yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yanghalal . Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perekonomian .

0 komentar:

Posting Komentar